Thursday, 22 August 2013

KSIB (Kumpulan Sokongan Ibu Bapa) SK Lebur Remun

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Lebur Remun, Serian telah membuka group di facebook (Sklebur Remun) dibawah nama KSIB SKLR dan ibu bapa serta penjaga murid SK Lebur Remun dialu-alukan menyertainya.

Objektif KSIB di FB adalah untuk:
1. Menjadi laman interaksi di antara ibu bapa dan guru-guru SK Lebur Remun.
2. Memberi kemudahan kepada guru-guru untuk mengemaskini aktiviti sekolah, mengutarakan keperluan sekolah kepada ibu bapa dan sebagainya.
3. Memaklumkan kepada ibu bapa tentang peristiwa dan hari istimewa di sekolah dan lain-lain makluman.

Sekian Terima Kasih.

*FB sekolah: Sklebur Remun

*more update soon.

Monday, 4 March 2013

AKTIVITI FEBRUARI 2013

Sepanjang bulan Februari 2013 pelbagai aktiviti telah berlangsung melibatkan SK Lebur Remun. Antaranya pertandingan bercerita dan pidato bahasa Inggeris di SK Entayan. Bola Baling di SK St. Norbert Paon Gahat. Beberapa organg murid telah terpilih untukl ke peringkat daerah dalam Bola Baling. Badminton di SK Lebur Remun terdapat 3 orang terpilih ke peringkat daerah. Pertandingan bercerita BM dan pidato BM  peringkat zon juga di SK Lebur Remun. Wakil sekolah Lily bercerita tahap 2 tempat ke dua. Mary pidato tempat ke dua dan adik Shanie Miller bercerita tahap 1 tempat pertama.
Johan pidato dari SJK(C) Sg Menyan

Johan bercerita tahap 1 adik Shanie Miller dari SK Lebur Remun

Johan bercerita tahap 2
 

Wednesday, 27 February 2013

MSSR DAERAH SERIAN

Pada 6 dan 7 Februari telah diadakan sukan MSSR daerah Serian di stadium Serian. SK Lebur Remun turut menghantar wakil2 ke temasya tersebut.
 
Cikgu Rashid bersama atlit 4x100m lelaki dan perempuan 12 thahun

Cikgu Baharudin, Cikgu Rashid dan Cikgu Syed bersama murid dan piala tempat ke 9 dari 79 buah sekolah daerah Serian.

Adik Jasper menang dua emas acara 60m 10 tahun dan lompat jauh 10 tahun

Adik Jasper menaiki podium kemenangan

Cikgu Baharudin PKKK bersama atlit tahun 6

Perbarisan SK Lebur Remun
 


PENYAMPAIAN HADIAH 2012

Pada hujung tahun 2012 juga telah diadakan majlis penyampaian hadiah. Berikut ialah gambar2 sekitar majlis penyampaian hadiah.
Pentas penyampaian hadiah

Priscilla Rosa tempat pertama tahun 3

Sebastian salang tempat pertama tahun 5

Persembahan murid tahun 3
 
Kelas-kelas juga mengadakan parti hujung tahun.
Parti kelas tahun 5

Parti kelas tahun 3
 
 
 

Monday, 25 February 2013

PROGRAM SEKOLAH HUJUNG TAHUN 2012-HARI SUKAN

Hujung tahun 2012 SK Lebur Remun diserikan dengan hari sukan sekolah. Berikut ialah antara gambar-gambar menarik sekitar hari sukan.
 
Acara lompat jauh pada hari Rabu (31 Oktober 2012)
 

Johan perbarisan rumah kuning/rumah helang pada pagi (1 November 2012)
 

Guru-guru SK Lebur Remun yang tetap ceria bertugas pada hari tersebut
 

Johan keseluruhan Rumah Merah, Naib Johan Rumah Hijau dan ketiga Rumah Kuning.

Olahragawan adik Haruchika dan Olahragawati adik Manyi.