Wednesday, 22 October 2014

Ramah Tamah Aidilfitri 2014

   Setelah berakhirnya cuti perayaan hari raya pada awal bulan Ogos 2014 yang lalu pihak sekolah sempat mengadakan majlis ramah tamah.

  Pelbagai juadah telah disediakan khas untuk hari tersebut. Kehadiran guru-guru dan guru pelatih serta staf sokongan telah memeriahkan lagi majlis pada hari tersebut.
Guru dan staf bergambar kenangan. Dari kiri: Cikgu Jamaliah, Puan Razila, Cikgu Izzati, Puan Ridawati dan Cikgu Rashid.



Cikgu Rashid bersama 2 guru pelatih IPTAR Cikgu Ajjah dan Cikgu Lydia

Sukan Tahunan SK Lebor Remun 2014

    Pada 15 dan 16 Oktober 2014 iaitu hari rabu dan khamis telah diadakan sukan tahunan sekolah SK Lebor Remun 2014.

    Pada hari yang pertama telah diadakan acara padang seperti lontar peluru dan lompat jauh. Juga diadakan beberapa acara pra sekolah dan 400m A dan B.

    Pada hari yang kedua iaitu pada hari khamis telah diadakan acara kemuncak seperti perbarisan, acara pra sekolah, 100m, 4x100m, 200m, 4x200m, 80m dan acara tarik tali.

     Seperti kebiasaannya terdapat 4 buah rumah yang bertanding iaitu rumah helang atau kuning, rumah garuda atau hijau, rumah kenyalang atau biru dan rumah rajawali atau merah. Acara perbarisan dimenangi oleh rumah garuda atau hijau. Manakala juara keseluruhan telah dimenangi oleh rumah helang atau kuning.

   Acara telah diserikan dengan kehadiran ydp pibg SK Lebor Remun.  Terdapat acara cabutan bertuah dan jualan makanan pada hari tersebut. Kehadiran ibu bapa pada hari tersebut telah menyerikan lagi acara sukan pada hari tersebut.